Terbaca ni kat dalam facebook cousin..jum sama2 kita baca
Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.
Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang telah bersurai kecuali beliau dan beberapa orang sahabatnya yang masih tidak berganjak dari kubur tersebut. Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya, sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang. Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya.
Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.
Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku. Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.
Antara syarat kemenangan dan kejayaan seorang hamba ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini. Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.
Saudaraku sekalian, jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan penjelasan dahsyatnya kubur. Rawatilah hati kita agar ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara:
Pertama- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.
Kedua- Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.
Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.
Keempat- Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.
Kelima- Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”. (Riwayat Muslim)
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
“Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta, pangkat dan kuasa, apakah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
Article ini pada asalnya ialah teks khutbah yang yang ditulis untuk terbitan JAKIM dan telah disunting untuk bacaan dalam bentuk artikel.
p/s: Al-fatihah untuk Pak Lan yang telah kembali ke rahmatullah semalam..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amiiinnn~
trying my best to be me again and i want to feel what is like when everything happens for a reason~
Tuesday, November 13, 2012
Saturday, November 10, 2012
Last weekend ?
Assalammualaikum,
Its already Sunday, 11th of November..maybe this is the last weekend for me to leisure and just sitting at home doing nothing...
Rumors maybe the letter from KKM will arrive this week...huuuuu risaunyaaa..tak revise lg pun ni....
Harap2 sempat la baca sikit...semoga dipermudahkan olehNya....tak nak berharap..just redha je dapat tempat kat mane...like mum said, as long tempat tu tak banyak masalah and intan dapat keje dgn baik..that's ok...amiiinnnn
Its already Sunday, 11th of November..maybe this is the last weekend for me to leisure and just sitting at home doing nothing...
Rumors maybe the letter from KKM will arrive this week...huuuuu risaunyaaa..tak revise lg pun ni....
Harap2 sempat la baca sikit...semoga dipermudahkan olehNya....tak nak berharap..just redha je dapat tempat kat mane...like mum said, as long tempat tu tak banyak masalah and intan dapat keje dgn baik..that's ok...amiiinnnn
Tuesday, November 6, 2012
:: that unwanted feeling ::
we done our best..and semua tu usaha kita sendiri, Allah dah lama merancang..just be grateful dear self
enjoy your day..
yup..my convocation is on the 27th of november...i can't wait actually, but when i knew that my number was more likely the last 10 person i was okay for a while..then it hit me..wah malu la pulak..huhuhu terus mood nk convo hilang...
tp nak wat mcm mane..pointer bukan hebat mane pun...and i redha..bersyukur sgt dpt habis degree sama dgn kawan2 yg lain...but why am i tearing up? ishhhh
xpela, 27th Nov..here i come..hope everything goes well!!amiinnnn
enjoy your day..
yup..my convocation is on the 27th of november...i can't wait actually, but when i knew that my number was more likely the last 10 person i was okay for a while..then it hit me..wah malu la pulak..huhuhu terus mood nk convo hilang...
tp nak wat mcm mane..pointer bukan hebat mane pun...and i redha..bersyukur sgt dpt habis degree sama dgn kawan2 yg lain...but why am i tearing up? ishhhh
xpela, 27th Nov..here i come..hope everything goes well!!amiinnnn
Wednesday, August 8, 2012
Ramadhan..another 10 days left
Assalammualaikum semua...
aaaaaaaaaa dah lama tak update blog! tetiba rasa nk tulis...anyway selamat berpuasa walaupun sudah hari yg ke 20 hihihi been busy lately...ok busy la sangat...dah habis blajo cuti duduk rumah je pun...yes alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya dah habis degree...sekarang menghabiskan cuti sebelum dapt surat untuk posting...posting di mane?saya sendiri tidak tahu...dan seperti biasa saya mengharapkan mendapat tempat yang saya nak insyaAllah...
Raya tahun ni dah tak beli baju raya..sebab sejak awal tahun ni ramai saudara yang kahwin, maka banyak la baju2 sedondon yang perlu di buat...setakat ni ada 5 baju pelbagai warna : dusty pink, copper, green, mustard and purple...haaaa tak perlu nak membazir kan...so gune jela...keluarga setuju untuk warna copper tahun ni...memula ingat nak beli tudung special sikit tapi tak jadi la...malas la nak cari lain padahal dah ada tudung sebenarnya,tak perlu membazir kan...
Walaupun intan tau tak de orang yang nak amik tau kisah intan tapi ni blog saya kan...suka hati la nak tulis...hihihi alhamdulillah saya sihat dan makin sihat (berat naik 3kg huhuhu)..sebenarnya banyak jugak cabaran sepanjang tahun ni...ada sedih,gembira dan macam2 lagila yang tak perlu dikongsikan disini...apa yang intan bole cakap, semua ni adalah dugaan dan ujian dari Allah, dan nak tak nak intan kena hadapi juga...kita ni manusia yang selalu membuat kesilapan...jadi kena la meminta kemaafan dari Allah...Alhamdulillah, niat untuk mendekatkan lagi diri ini kepada Allah ada, dan saya sedang mencuba untuk menjadi yang terbaik, insyaAllah
Ingat tak intan cakap intan nak delete blog?niat tu masih ada lagi...tapi mungkin bukan sekarang..tengokla macam mane...memang seronok buat blog ni..tapi itu dulu, sekarang rasa macam tak de motif pulak..huhuhu takpela, kalo nanti kena delete intan delete aje :) ok jumpa lagi ~
p/s: close your eyes, clear your heart and let it go~
Saturday, March 31, 2012
Saturday, March 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)