Thursday, August 1, 2013

:: time is precious ::

Dear blog,

Today I really want to talk about how regretful I am to just let this precious time slips away..its ramadhan and I think that I did not make full use of it..

Its already 2nd of August..only few more days left before ramadhan leaves us again..how I do wish that I can turn back time..but it is impossible..

Hopefully I can make full use of this few days..Dear Allah..please forgive me..oh Allah in your name. .I live and I die..

P/s: diharap bulan ramadhan kali ini bukan yang terakhir. .semoga intan dapat menikmati bulan yang mulia ini sekali lagi...amiiinnn

Wednesday, April 3, 2013

:: what I learned today ::

Sebenarnya Allah dah tetapkan apa yg akan berlaku pada hari ni..and we cannot change it..example kalo ari ni Allah dah tulis intan xgi keje so intan tak  gi keje la...

Hmmm nape intan tetiba nak ckp pasal benda ni? Ok mehla intan citer..sbnrnya kelmarin intan dah xsihat..so I decided to take time off..intan ingat bila dah mkn pcm n piriton intan dah ok..well sekejap je..yesterday everything was ok..bdn dah sihat sikit..cuma sblh ptg je demam balik..tp bila mkn pcm temperature turun..patut nk jumpa doc terus xjadi..tp bila balik umah terus demam balik..aiyooo decided to go to a clinic near my house..

Doctor kata intan panas kat dlm..n intan ada cirit birit n mual2..so doctor pun bg ubat..doctor tanye nk mc x..intan tak nak memandangkan bnyk giler keje nk kena buat huuu...so that night intan mkn ubat n pakai cool fever supaya keesokan pagi intan dah sihat n bole gi keje...

The next day..Alhamdulillah demam pun dah xde..selsema pun dah ok..so bangun mcm biasa..mandi n solat subuh..masuk kete n drive to work mcm biasa...I thought that today I can settle all my work...suddenly masa otw gi keje..kat taman segar..tetiba perut sakit sgt..at first intan bole tahan tp lama2 sakit makin teruk..and I can feel numbness at my hands and feet..ingat bole drive sampai hospital tp xleh..takut pengsan so intan gi stop kat petronas berdekatan...

Memula mcm xpela rest dulu lama2 ok kot n bole continue gi keje...tp sakit makin menjadi n intan decided to call mama..sbb intan rasa intan tak larat nk bwk kete..mama dgn abah pun dtg..and bwk gi jumpa doctor....

Doctor ckp perut masuk angin n gastric..Ya Allah satu2 Allah bg ujian padaku..sebelum ni xpernah gastric..dan kali ni intan redha..mungkin ari ni Allah mmg suruh intan duduk rumah n rehat secukupnya...

Intan taip ni sbb intan nk mengingatkan diri sendiri..kita sendiri xleh nk paksa..kalo kita nk gak gi keje..kalo Allah said no..definitely kita xleh gi..kalo kita rasa dah sihat..Allah akan bg ujian lain lg..takpela keje melambak..biarlah org nk marah asalkan kita ada sbb yg tertentu..lgpun bkn salah kita sakit kan *tetiba nk sdpkan hati*

Ok lets rest..esok xtaula nk ckp mcm mane..huhuhu redha jela

Sunday, January 27, 2013

:: life as a prp ::

Stressful.. so wanted to finish this 1 year..haha pray that everything will be alright..

Ok tu je bye!

Saturday, December 1, 2012

:: Provisional Registered Pharmacist ::

Alhamdulillah..mulai esok, bermula lah kerjaya sebagai PRP di hospital Ampang (sbnrnya dah masuk khamis lps)..yes, jodoh kuat sangat kat situ..masa final year pun attach kat situ gak hehehe..anyway, intan sangat bersyukur terhadap rezeki yang Allah berikan ni.. I am happy and blessed, now i will try my best to learn whatever i can here and also to work hard..yang penting mestilah niat kita kena ikhlas kerana Allah...


P/S: first week dah dapat Clinical Haematology..mmg takut sgt huhu Ya Allah,permudahkan segalanya..Amiiiinnnnn

Oh! Dah convo dah..gambar kemudian ye :)

Tuesday, November 20, 2012

:: work life ::

The moment has come! Alhamdulillah dengan izin Allah, intan dapat berkhidmat di negeri selangor...tp hospital mana?masih belum tahu lagi..huhu Isnin ni perlu lapor diri..in shaa Allah semoga semuanya dipermudahkan

Tuesday, November 13, 2012

:: something to ponder ::

Terbaca ni kat dalam facebook cousin..jum sama2 kita baca 

Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.

Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang telah bersurai kecuali beliau dan beberapa orang sahabatnya yang masih tidak berganjak dari kubur tersebut. Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya, sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang. Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya.

Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.

Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku. Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.

Antara syarat kemenangan dan kejayaan seorang hamba ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini. Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.

Saudaraku sekalian, jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan penjelasan dahsyatnya kubur. Rawatilah hati kita agar ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara:

Pertama- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.
Kedua- Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.
Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.
Keempat- Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.
Kelima- Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”. (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

“Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta, pangkat dan kuasa, apakah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

Article ini pada asalnya ialah teks khutbah yang yang ditulis untuk terbitan JAKIM dan telah disunting untuk bacaan dalam bentuk artikel.


p/s: Al-fatihah untuk Pak Lan yang telah kembali ke rahmatullah semalam..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amiiinnn~

Saturday, November 10, 2012

Last weekend ?

Assalammualaikum,

Its already Sunday, 11th of November..maybe this is the last weekend for me to leisure and just sitting at home doing nothing...
Rumors maybe the letter from KKM will arrive this week...huuuuu risaunyaaa..tak revise lg pun ni....

Harap2 sempat la baca sikit...semoga dipermudahkan olehNya....tak nak berharap..just redha je dapat tempat kat mane...like mum said, as long tempat tu tak banyak masalah and intan dapat keje dgn baik..that's ok...amiiinnnn